Wednesday 12 February 2014

✿ #Photoshoot ✿


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Haiiii :D


Minat + Suka + Hobi  = Mengisi masa lapang.

Semua orang sudah pastinya ada hobi yg tersendiri dikala kesunyian, stress dgn assignment, merajuk dgn boyfriend/girfriend, bebai kena marah dgn mak ayah.

Konklusinya, hobi lah yg menjadi peneman hati jiwa & raga.

Ada yg hobinya ber'facebook' memanjang, menyanyi, kacau orang, main game, ber'dota' (ehem hihi) & segala aktiviti yg tdk sihat utk kesihatan.


Cubalah buat aktiviti yg menyihatkan tubuh badan sikit. 

Masa buat karangan Bahasa Melayu pandai pula nak buat isi & huraian dengan baik serta bernas sekali tentang tajuk "Cara-cara mengisi masa lapang dgn perkara yg berfaedah" tapi tak amalkan pun. *okay,turut terasa*

Ingat lagi masa sekolah dulu, selalu ja kena jadi photografer sekolah yg tk bertauliah kalau ada 
apa2 event.
* "Hai, Cikgu Roslan." * :3
Sekarang ni lepas habis sekolah, berhabuk ja beg Nikon tuu haa. Jadi, dengan semangat yg berkobar-kobar terus set tempat & masa dgn kawan utk nak bawak Si Nikon jalan-jalan & bagi ada fungsi sikit. :p

Tau tak Vision Park dkt mana.? Tak tau.? Okay,sila Google pleaseee. Jangan malas.! 


Haaa, di situlah tempat strategik yg telah menjadi pilihan hati saya & sahabat yg bernama Huda bersama dgn penemannya utk ber'photoshoot' di samping berdating, jalan-jalan, & perabih minyak kereta.


Siapa cakap muslimah yg bertudung labuh tak boleh bergaya.? 



Terima kasih sebab sudi teman. Nanti kita pi lagi nahh :')


Sebenarnya ada lagi gambar-gambar, tapi cukup lah gambar ni pun. Hihi. :D

Serius, tempat ni memang best. Ada tempat joggingtasik & berdekatan dgn Masjid Abdullah Fahim.
Kalau yg dah ada 'calon' tu & mencari tempat yg istimewa untuk akad nikah, nak buat pre-wedding & sebagainya, boleh la mai Kepala Batas nihh expecially yg tinggal di Penang lah. Hihi. :D

Haa, sebelum tu, kalau tgh mencari photografer utk hari istimewa anda, boleh la ke page 
" LOVE SIGHT PHOTOGRAPHY " untuk tempahan. :) (jgn lupa utk Like)
* "'We are the candid sniper.. and will always be." * . In Shaa Allah. ;)

Kalau anda seorang yg segan silu utk nk mula berhubung dgn team Love Sight Photography ni, boleh la pm sya di facebook seperti di link kiri nih. (expecially utk perempuan) ;) 
Tapi kan, rasanya tak perlulah nk segan silu, malu-malu kucing sebab diorang memang sporting & professional services. ;)
Bos team LoveSight ni pun friendly ja tapi not available rasanya ye. :p
Kalau tempah awal dkat team ni, mereka akan berikan something pakej free. 
For more info, just contact them.
 Haaa, tunggu apa lagi, cepat2 la booking.!~~ :) ;) 


p/s : >20 March 2014< u_u

LinkWithin