Wednesday 22 August 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم.

 Ehem ehem,awak awak sekalian mesti dapat teka apa yang nak dicelotehkan di sini kan kan? 

 Ya, pandai :-)

 ~ تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ ~

Maksud : " Semoga Allah menerima aku dan kalian
Iaitu, menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan. Amin

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 
kepada semua orang yang mengenali hamba Allah yang bernama Aina Izati ini :) xoxo
  • Maaf sekiranya terkasar bahasa
  • Maaf sekiranya terlanjur bicara
  • Maaf sekiranya tercubit dekat mana-mana
  • Maaf sekiranya tertibai dekat mana-mana
  • Maaf sekiranya terambil barang tanpa kebenaran (tapi pulangkan balik naa) :p
  • Maaf sekiranya tergosip tak tau hala (kadang-kadang) ;p

Perkara yang paling sedih apabila ketika hendak mengemas rumah. Haa,tambah-tambah lagi harus mengemas tempat & rak study, rak buku-buku. Ceghita dia macam nih.. (Tudiaaa Kedah  mai) =P Ketika proses hendak membersihkan rumah, tambah-tambah lagi ayah membeli perabot meja makan yg baru. Setiap tahun pasti akan terkejut melihat barang-barang yg disorok,menyorok,apa semua lah kan. Akhirnya berjumpa kembali. Hahaha xD
Saya menjumpa semula surat perkenalan daripada rakan sekolah rendah. Haa, ingat lagi nama dia. Hai  Muhammad Ikram.. Hihihihiks xD
Tak sangka wehhh. xD
Dia merupakan kawan saya selama 6 tahun. Sudah menjadi rakan sekelas selama 6 Tahun. Dia jugak anak murid mama saya.. Mama saya menjadi guru kelas 6 Bestari. Hihi :-) K

( -.- Gambar ni ambik dekat FB jaa. Hohoho )


Haa, kemudian,jumpa lah benda-benda lain. Contoh, remote control astro. Tiba-tiba mama ternampak. hihi 

Mama : Haaaa, nie diaaa remote. Sapa yg punya perangai buat sorok habih nie.
Anak yg ke-3 : * buat-buat terkejut* Ya Allah, sapa yang perangai nihh. Haihh :-D
Anak yg ke-2 : Haha. Jumpa abih dah semua. Haha. Hang lah adik. Patut la haritu mama cari tak jumpa -.-ayoyo
Ayah : LOL. Perangai -.- Dah cepat kemas. P buang jelah. Mana pakai dah remote tuu. Kan dah tukaq Beyond. Haihh

Seterusnya, packing time :D Lepaih tuu semua orang tidoq. Celik-celik dah pukul 4.00 petang Terus menyiapkan diri, solat, meletakkan beg-beg,bantal,kuih-muih,selimut(kihkihkih) & macam-macam lah. Haha xD


Seperti biasa, setiap tahun apabila hendak pulang beraya ke kampung,kami sekeluarga akan pulang sehari sebelum hari raya. Kami sekeluarga bertolak pada hari Sabtu (lepas Asar) kemudian kami singgah di rumah mak saudara yang tinggal di Kuaters Hospital Kulim. Kenapa makcaq tinggal di situ? Yaa, sebab makcaq saya adalah seorang dokter merangkap Pengarah Hospital Kulim. wuwuwu :-D
 Dapat duit raya baru kami boleh balik. Hahaha. K. Tak lawak 
Perjalanan di teruskan lagi. Cewahh xD Kami berbuka puasa di Sungai Petani. Ehem ehemm.  :-P
Sementara menunggu waktu berbuka, *wahh,ada bazar* Ayahhhhh, jomm xD

Tibanya di kampung kesayangan iaitu di Alor Setar pada pukul 10.00 malam. :-) hee 
Ehem, nak dengar cerita lagi dak? Tunggu naa ;-) (Err,bt macam ada orang nak baca) -.- xoxo

LinkWithin