Friday, 14 December 2012

Safar :-)

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Haiiiii :D 
 
Iya :-) Hari nie hari Jumaat | 14 Disember bersamaan dengan  
1 Safar 1434H ( 1/2/34 )

Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah ( perkiraan bulan mengelilingi bumi ). 
Safar ertinya kosong
Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Katakanlah (wahai Muhammad)
"Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal".

Semoga apa jua dilakukan kerana Allah,mudah-mudahan perjalanan hidup kita dipermudahkan & diberkati olehNya. InsyaAllah :')   

2 comments:

miera elena said...

semua ciptaan Allah indah kan ...

ejulz said...

menarik.. :)



kalau sudi join GA ni k.. :)

http://kampung-kameq.blogspot.com/2012/12/kamu-sahabatku-giveaway-by-ejulz.html

LinkWithin